Pengerusi Proton, Tun Mahathir telah mengumumkan bahawa semua model kenderaan Proton bakal memenuhi standard pelepasan Euro 5 tidak lama lagi. Namun begitu, beliau turut menambah bahawa kemungkinan harga kenderaan pengeluar tersebut juga akan meningkat.

Selain itu, Tun Mahathir turut berkata bahawa setakat ini, model kenderaan yang dikeluarkan oleh Proton belum lagi mencapai standard Euro 5. Ia berikutan kos yang terlibat memerlukan belanja yang tinggi.

Menurut mantan Perdana Menteri Malaysia yang ke-4 ini, masyarakat masih lagi beranggapan bahawa kereta keluaran Proton adalah murah dan tidak berteknologi tinggi. Hakikatnya, Proton sudah mencapai kemajuan yang setanding dengan pengeluar kenderaan lain.

Jelasnya, semua model kenderaan Proton akan mencapai standard Euro 5 dalam tempoh terdekat. Namun, kesan daripadanya harga jualan pasti akan meningkat naik. Tetapi Tun Mahathir berasa yakin bahawa pengguna Proton sedia ada pasti merasai bagaimana model kenderaan mereka telah bertambah baik.

“Pada masa ini, Malaysia masih belum bersedia untuk kenderaan Proton yang mahal tetapi dengan kemampuan teknologi yang tinggi. Kenderaan Iriz EV Proton boleh memecut sehingga 300 km hanya dalam satu caj, di mana ia lebih tinggi daripada EV yang lebih mahal dan dengan kelengkapan bateri lebih besar di luar sana. Tetapi harga pastinya tidak murah,” Jelas Tun Mahathir lagi.

proton02

Bercakap berkenaan harga kenderaan Proton pada masa ini, Tun Mahathir turut mengulas bahawa kejatuhan pertukaran matawang Malaysia telah memberi kesan kepada kos import dan barang mentah kenderaan. Proton akan mencuba dengan sedaya-upaya untuk mengekalkan harga kenderaan, tetapi ia tidak dapat dipastikan sehingga bila.

“Saya fikir syarikat lain turut terkesan di dalam hal ini.” Ujar beliau di dalam hal ini.

Sumber: Paul Tan