Bulan September merupakan bulan yang dinanti-nantikan oleh ramai kerana ia merupakan musim cuti sekolah bagi sesi persekolahan negara kita. Cuti sekolah tersebut akan bermula pada 19 September ini hingga 26 September 2015. Pastinya para ibu bapa tidak akan melepaskan peluang ini untuk membawa anak-anak mereka menikmati percutian yang panjang, sama ada di dalam mahupun luar negara. Bagi yang masih belum merancang percutian anda, masih belum terlambat untuk berbuat demikian.

Hari ini, kami ingin kongsikan kepada anda sebuah tempat percutian berkonsepkan homestay yang sesuai untuk dikunjungi bersama keluarga. Diberi nama The Hut, homestay ini terletak di Kampung Serkam, Melaka dan mempunyai 5 buah bilik yang mampu menempatkan seramai 20-25 orang pada satu-satu masa. Baru sahaja dibuka pada bulan Julai tahun ini, The Hut telah mendapat rating setinggi 4.8 bintang oleh para pelawatnya di laman Facebook. Wow, pastinya tempat ini menjanjikan sesuatu yang menarik untuk para pengunjungnya.

The Hut 01Suasana di The Hut

The Hut 06Susun atur dalaman bilik

The Hut 07Susun atur dalaman bilik

The Hut 02Kadar bilik pada tahun 2015

The Hut 03Pelan susun atur The Hut

The Hut 04Kolam renang kanak-kanak

The Hut 05Basikal yang boleh disewa dengan kadar berpatutan

Antara tempat menarik yang berdekatan dengan The Hut ialah:

  • Masjid Jamek Serkam (200m, kurang daripada 5 minit perjalanan kaki)
  • Medan Ikan Bakar Serkam (500m, 5 minit perjalanan kaki)
  • Jeti Nelayan Pantai Siring (2.6 km)
  • Makam Tun Teja (3.5 km)
  • Medan Ikan Bakar Umbai (6 km)
  • Medan Ikan Bakar Muara Sg. Duyung (14 km)
  • Melaka City Centre (23 km, 25 minit dengan memandu kereta)

Selain itu, para tetamu akan menikmati kemudahan berikut sepanjang menginap di sana:

  • Smart TV
  • Dapur dengan kelengkapan asas
  • Mesin basuh baju
  • Kawasan BBQ
  • Kolam renang untuk kanak-kanak
  • Kemudahan menyewa basikal
  • CCTV yang beroperasi selama 24 jam
  • Keselamatan 24 jam
  • Kemudahan Wifi
  • Tempat meletak kereta

Untuk maklumat lanjut, bolehlah melayari laman Facebook The Hut atau menghubungi +60123202611.