Bermulanya 15 Oktober ini, pengguna jalan raya yang melalui Lebuhraya Karak (Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak) perlu membayar lebih apabila berita mengenai kadar kenaikan tol diumumkan.

Menurut laporan The Star, bermula pada tarikh yang dinyatakan, pengguna jalan raya Kelas Pertama perlu membayar sebanyak RM6 di Plaza Tol Gombak, dan RM3.50 di Plaza Tol Bentong – melihatkan kenaikan harga sebanyak RM1 dan juga RM0.50.

Manakala, bagi pengguna jalan raya Kelas Kedua pula, mereka perlu membayar kadar tol sebanyak RM12 di Plaza Tol Gombak, dan RM7 di Plaza Tol Bentong. Sementara itu, pengguna jalan raya Kelas Ketiga perlu mengeluarkan kadar tol lebih tinggi iaitu sebanyak RM18 dan juga RM10.50 di kedua-dua tol terlibat.

Namun begitu, teksi hanya dikenakan caj tol sebanyak RM3 (Plaza Tol Gombak) dan RM1.80 (Plaza Tol Bentong), dan bas pula masing-masing dengan kadar RM5 dan RM3.

Selain daripada Lebuhraya Karak, terdapat beberapa lagi lebuhraya yang mengalami kadar kenaikan tol bermulanya 15 Oktober ini. Lebuhraya yang terlibat adalah Terowong Smart, Lebuhraya DUKE dan akhir sekali lebuhraya MEX.

Sumber: Paul Tan