Taman Negara Belum adalah antara hutan hujan tertua didunia setanding dengan Hutan Hujan Amazon di Brazil dan Hutan Daintree di Australia. Berdasarkan kajian ia wujud pada era Jurassic iaitu 130 juta tahun dahulu dan ada yang mengatakan ia wujud semenjak tanah berkembang dari dalam laut lagi. Hutan ini juga masih bertahan ketika zaman ais menimpa bumi pada 1.8 juta tahun dahulu. Sehingga kini, 90% kawasan utara hutan Belum masih belum diterokai!

discover-the-oldest-living-rainf-26094_1080x727

Ia terletak di daerah Gerik, di utara semenanjung Negeri Perak dan diwartakan sebagai kawasan lindungan oleh Perbadanan Negeri Perak pada 3 Mei 2007. Keluasan hutan Belum dianggarkan seluas 117, 500 hektar.

Kawasan hutan Belum ini juga merangkumi Taman Negara Bang Lang dan Sanktuari Hidupan Liar Hala-Bala, kerana bersebelahan dengan sempadan Malaysia-Thailand. Hutan Belum juga menghubungkan negeri Perak dan Kelantan melalui Lebuhraya Timur-Barat dan lebuhraya ini juga memisahkan hutan Belum kepada dua iaitu Tasik Temenggor di sebelah selatan dan Hutan Simpan Belum di sebelah utaranya.

Hutan Belum beriklim tropika iaitu panas (suhu sekitar 180C – 240C), lembab dan menerima curahan hujan yang tinggi iaitu sekitar 1750 milimiter ke 2000 milimiter setahun. Di lantai hutannya menerima cahaya matahari yang kurang kerana kehadiran pokok-pokok kanopi yang menutupi hampir kesemua lantai hutan di Belum.

Landskap Hutan Belum terdiri daripada hutan tebal, pulau-pulau kecil, kawasan padang rumput yang kecil, kawasan pertanian tinggalan manusia dan tasik buatan dari empangan iaitu Tasik Temenggor. Selain itu, Hutan Belum juga mempunyai banyak tarikan air terjun yang boleh dikunjungi termasuklah air terjun Sungai Papan, air Terjun Sungai Ruok, air terjun Sungai Kenarong dan banyak lagi.

belum-panorama-1-big

Pemandangan dari ruang udara.

Hutan ini kaya dengan hidupan flora dan fauna, yang dijumpainya sahaja hampir 3000 spesis hidupan liar, 23 spesis ikan sungai, 10 spesis burung enggang, dan haiwan-haiwan terancam seperti gajah Asia, Harimau Malaya, badak Sumatran, beruang Sunbear dan burung enggang Jambul Putih. Tambahan pulan, Hutan Belum mempunyai bunga terbesar di dunia iaitu Bunga Pakma (Rafflesia).

Double-Twin-Rafflesia-1200x800

Bunga Rafflesia.

badak sumatra save the rhino 3

Badak Sumatera.

Hutan Belum tidak didiami sesiapa kecuali penduduk utamanya iaitu orang asli dari puak Jahai, Senoi dan Negrito. Puak orang asli yang dominan adalah dari puak Jahai dan mereka masih lagi menjalani kehidupan natif di Hutan Belum. Direkodkan terdapat lebih 30 buah keluarga yang menetap di Hutan Belum.

IMAG0158

Bergambar kenangan bersama keluarga orang asli di Hutan Belum.

Percutian di Hutan Belum dikategorikan di dalam eko-percutian dan amat sesuai kepada pengembara yang gemarkan alam semulajadi. Antara aktiviti-aktiviti yang boleh didapati di Belum adalah melalui denai hutan (jungle trekking), belayar di sungai (river cruise) dengan Houseboat, bermandi manda di air terjun dan tasik, berkenu, memancing dan melawat kehidupan orang asli. Hutan Belum juga sesuai dijadikan tempat percutian bersama keluarga dan rakan serta melakukan kem bina semangat (team building).

Houseboat-n.2-exterior

Salah sebuah houseboat yang disediakan untuk para pengunjung.

Terdapat banyak cara untuk sampai ke destinasi ke Royal Belum. Cara yang paling mudah adalah dengan mengikuti pengangkutan darat. Anggaran masa perjalanan adalah lebih kurang 4 ke 5 jam jika memandu sendiri dari Kuala Lumpur. Selain itu, perkhidmatan bas awam juga boleh digunakan iaitu dari Hentian Duta ke Gerik dan menaiki teksi ke Jeti Awam. Stesen keretapi yang paling hampir adalah di Kuala Kangsar dan selepas itu menaiki bas atau teksi ke jeti.

Berminat untuk mengalami pengembaraan penuh advencer di Hutan Belum? Jom hubungi Eco Carpedia Royal Belum di talian +6011-3341 5845 menempah pakej percutian anda.