Model terbaru daripada Honda yang ditunggu-tunggu ini telah pun diperkenalkan kepada orang awam di Gaikindo Indonesia International Auto Show (GIIAS) 2015 yang berlangsung di Jakarta. Kenderaan dengan kapasiti 7 tempat duduk ini dikatakan sebagai crossover kenderaan utiliti generasi baru yang menggabungkan reka bentuk seperti SUV tetapi dengan pengendalian, kemudahan serta kabin yang luas seperti MPV.

Honda BR-V ini dikuasakan oleh enjin 1.5 liter i-VTEC dengan 120hp dan 145 Nm tork, motor yang serupa seperti di dalam komponen model Honda City dan Jazz. Pembeli boleh memilih antara Earth Dreams CVT atau kotak gear manual dengan 6 tahap kelajuan terbaru untuk model BR-V ini. Selain itu, kereta ini dianggarkan berharga RM68,000 hingga RM78,000 apabila ia mulai dijual pada awal tahun 2016 kelak.

Keistimewaan model kenderaan terbaru daripada Honda ini adalah perlepasan tanah tinggi (bersesuaian dengan jalan Indonesia sedia ada), rel bumbung kereta yang menyerlah serta lampu belakang LED dengan gaya baharu. Selain itu, model ini juga menampilkan ruang kabin yang luas, perincian tayar 16-inci dan juga penghawa dingin untuk penumpang bahagian belakang.

Di Indonesia, Honda BR-V ini dilaporkan akan dilengkapi dengan dua beg udara di bahagian hadapan, sistem ABS, EBD, Vehicle Stability Assist (VSA) serta sistem bantuan hill-start. Selain itu, titik Isofix turut disebut sebagai ciri-ciri istimewa yang ditampilkan oleh Honda pada model terbaru ini.

Berikut adalah gambar-gambar yang memaparkan reka bentuk Honda BR-V ini. Jujur kami katakan, ia memikat hati kami pada pandangan pertama. Kami tidak sabar menantikan saat ia bakal dipasarkan di pasaran Malaysia kelak.

Honda BR-V 2015

BR-V 01

BR-V 02

BR-V 03

BR-V 04

BR-V 05

BR-V 06

BR-V 07

BR-V 08

Sumber: PaulTan.org