Berita baik buat rakyat Malaysia. Harga runcit bagi petrol dan diesel di pasaran negara kita dilaporkan turun mulai tengah malam 1 September 2015 ini. Ini merupakan satu khabar gembira buat rakyat kerana sedikit sebanyak ia pasti dapat membantu mengurangkan beban kos sara hidup seharian pada bulan ini.

Berikut merupakan harga runcit petrol dan diesel yang baharu mulai jam 12.00 tengah malam tadi:

  • RON97 turun kepada RM2.35/liter berbanding RM2.45/liter
  • RON95 turun kepada RM1.95/liter daripada RM2.05/liter
  • Diesel turun kepada RM1.80/liter dengan kadar terdahulu RM1.95/liter
  • Diesel Euro 5 turun kepada RM1.90/liter berbanding RM2.05/liter

Minyak

Penurunan harga petrol dan diesel ini adalah selaras dengan penurunan harga minyak mentah di pasaran dunia.

Sumber: Berita Harian