Pengumuman berkenaan tiada kenaikan harga bagi kenderaan BMW ini telah dibuat di majlis pelancaran model SUV X1 terbaru.

Menurut Allan Harris, pengarah urusan dan juga CEO bagi Kumpulan BMW Malaysia, pada masa ini syarikat mereka sedang menyerap segala kos tambahan di dalam setiap operasi mereka. Kenyataan ini dibuat merujuk kepada persoalan sama ada kejatuhan matawang Ringgit Malaysia akan mengganggu harga kereta keluaran BMW.

“Nilai pertukaran matawang kini iaitu pada kadar RM4 berbanding dollar Amerika masih boleh ditangani oleh pihak syarikat. Namun, jika kadar pertukaran matawang semakin meningkat sehingga ke paras RM5 atau RM6, mungkin kami perlu mempertimbangkan semula kedudukan kami,” tambah beliau lagi.

BMW02

Selain itu, pada masa yang sama BMW Malaysia turut mengesahkan bahawa mereka kini sedang memohon kepada pihak kerajaan bagi insentif khusus yang diperkenalkan bagi Energy Efficient Vehicles – insentif yang sama di mana ia melihatkan pengurangan harga bagi Mercedes-Benz Malaysia kelas C. Kini, mereka sedang menanti jawapan kepada permohonan tersebut.

Harris telah menjelaskan bahawa setiap pengeluar kenderaan di dalam industri sedang berbincang bersama pihak kerajaan serta memohon intensif EEV tersebut. Tetapi, memandangkan ia merupakan intensif yang khusus, maka setiap pengeluar mungkin akan dapat insentif berbeza.

“Kami sememangnya sedang berbincang bersama pihak kerajaan, dan sejurus menerima keputusannya, kami akan umumkan perkara baru,” Ujar Harris.

Di majlis yang sama, BMW Malaysia telah mengumumkan kadar jualan tahun 2015 mereka, di mana menyaksikan sebanyak 5,222 model kenderaan BMW, 555 model kenderaan MINI serta 745 motorsikal di bawah BMW Motorrad telah terjual. Dengan jumlah keseluruhan sebanyak 6,522 unit telah terjual setakat ini.

Sumber: Paul Tan