Negara Malaysia terkenal dengan keindahan alam flora dan faunanya yang pelbagai. Para pelancong boleh memilih sama ada untuk menikmati keindahan pantai dan lautan atau memilih untuk menghargai kecantikan alam semulajadi di kawasan pergunungan dan bukit-bukau. Ternyata sebagai rakyat Malaysia, kita bertuah kerana mempunyai pelbagai pilihan tempat percutian untuk melancong dan beristirehat.

Jika tempoh hari kami kongsikan kepada anda sebuah homestay yang unik dan istimewa di Melaka, kali ini kami mahu kongsikan pula sebuah chalet yang terletak di Cameron Highlands. Chalet yang diberi nama Ivy Chalet terletak di Taman Sedia, Tanah Rata. Ia memiliki persekitaran yang indah lagi unik, membuatkan anda seperti berada di alam kayangan. Mampu memuatkan seramai 8 tetamu pada satu-satu masa, Ivy Chalet ini amat sesuai untuk seisi keluarga yang ingin melancong ke Cameron Highlands. Kadar bayaran bilik juga amat berpatutan iaitu berharga RM250.00 untuk semalam. Jom, kita saksikan pemandangan dan dekorasi dalaman Ivy Chalet!

Ivy 01Ivy Chalet

Ivy 03Gazebo tempat beristirehat

Ivy 02Keindahan bak alam kayangan

Ivy 04Turut disediakan tempat permainan kanak-kanak

Ivy 05Pintu utama Ivy Chalet

Ivy 06Ruang tamu

Ivy 07Bilik tidur utama

Ivy 08Bilik tidur kedua

Ivy 09Ruang dapur

Ivy 10Ruang dapur kedua

Oh ya, tambah jiran kepada Ivy Chalet ini lagi persekitaran tempat itu tersangat cantik dengan keramahan pemiliknya. Tambahnya lagi, pemilik chalet tersebut merupakan seorang wanita yang pandai membuat jem strawberi istimewa dan rasanya amat lazat. Namun, jem tersebut hanya dapat dibuat dalam kuantiti yang terhad. Jika para pelanggan mahu menikmati jem strawberi itu, hendaklah menempah terlebih dahulu sebelum ke sana kalau tak mahu terlepas merasainya. Menurutnya lagi, jem strawberi tersebut sememangnya jem asli yang dibuat dari rumah atau home made daripada buah-buah strawberi yang ditanam sendiri.

Ivy 11Komen jiran kepada Ivy Chalet

Untuk keterangan lanjut bolehlah kunjungi laman Facebook Ivy Chalet atau hubungi Zainodin: 019-5768480 atau Mazni: 019-4107950.