Kenalkah anda dengan Agoda.com? Jika belum kenal, mari kami perkenalkan. Untuk makluman anda, Agoda.com merupakan sebuah laman web yang popular untuk tempahan hotel di seluruh dunia. Dengan tagline Smarter Hotel Booking, ia merupakan platform yang memudahkan kepada para pengunjung untuk menempah penginapan mereka di mana-mana destinasi yang mereka bakal tujui.

Baru-baru ini, Agoda.com telah mengeluarkan hasil kajian mereka berkaitan masa terbaik untuk menempal penginapan hotel selepas menggunakan data tempahan daripada berjuta pelanggan yang telah melanggan perkhidmatan Agoda.com pada tahun 2014.

Oh ya, kajian ini juga merangkumi analisa harga hotel di 25 destinasi paling popular di dunia.

  1. Waktu awal tahun merupakan waktu terbaik untuk mendapatkan harga paling murah bagi menempah hotel iaitu semasa dua minggu pertama di bulan Januari.
  2. Waktu yang perlu anda elakkan daripada menempah hotel adalah semasa bulan September dan Oktober. Ini kerana harga ketika itu akan menjadi sangat mahal.
  3. Sekiranya anda mengimpikan untuk mengembara di bumi Eropah, anda sangat digalakkan untuk melawatnya pada pertengahan bulan Mac. Ini adalah kerana kadar harga bilik hotel di beberapa bandar ternama seperti Amsterdam, Barcelona, Berlin, London, Paris, Rome dan Stockholm adalah 20% lebih murah berbanding kadar purata biasa.
  4. Jika bulan Julai adalah musim paling sibuk (peak season) di kebanyakan destinasti, namun begitu ia berlaku sebaliknya pula di Sydney dan New York. Kedua-dua lokasi ini menawarkan harga hotel yang lebih rendah berbanding kadar purata pada bulan tersebut.
  5. Walaupun bulan Disember adalah bulan yang sibuk, lebih-lebih lagi dengan musim perayaan, tetapi ia juga adalah masa yang terbaik untuk melawat Stockholm.

AGODA 02Kota Barcelona

Pasti anda bertanya, memang confirm murah dan jimat ke?

YA. Jika anda menikmati diskaun sebanyak 23% daripada harga purata bilik hotel apabila anda melawat Istanbul, Turki di antara bulan November hingga Februari.

YA. Jika anda rasa menikmati diskaun sehingga 49% daripada harga purata bilik hotel apabila anda melawat Barcelona pada bulan Januari.

TETAPI, jika anda punya perancangan untuk melancong di sekitar Asia sahaja, tidak banyak tawaran diskaun yang dapat ditawarkan kerana benua Asia adalah destinasi paling popular menerima kunjungan pelancong sepanjang tahun.

Walaupun adanya diskaun untuk hotel di sekitar Asia, namun tawaran yang diberikan tidaklah sehebat benua-benua lain. Anda masih boleh menikmati diskaun sehingga 11% di Negara-negara Asia iaitu pada bulan Mei atau Jun.

Semoga data-data yang telah dikongsikan oleh Agoda.com ini dapat membantu anda merancang tarikh dan jadual pelancongan pada masa akan datang dengan penjimatan yang tinggi!

Sumber: Vocket