Minggu lalu merupakan salah satu milestone penting dalam perjuangan kami di The Carpedia apabila dua daripada post kami di Facebook telah mendapat tempat dalam ruangan The Vocket.

Alhamdulillah, semua itu adalah rezeki yang Allah berikan dan juga berkat sokongan daripada anda semua. Jadi, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk berterima kasih kepada semua untuk likes dan shares yang membantu cerita kami ‘dijual’ sehingga mendapat perhatian The Vocket.

Jika anda baca balik artikel kami mengenai pengalaman berbisnes dalam industri kereta sewa ini, saya ada sebutkan di sepanjang perjalanan kami berkembang, kami bertemu dengan pelbagai ragam manusia. Bagi saya, ia suatu pengalaman yang menarik. “Humans are unique”. Setiap orang yang kami berurus niaga mempunyai perangai masing-masing. Dan sejujurnya, banyak sebenarnya yang boleh kita belajar daripada manusia dengan pelbagai ragam dan latar belakang.

Dari situ, kami sedar bahawa untuk berjaya menarik market, kami perlu sebenarnya ‘berkenalan’ dengan market secara lebih interaktif. Dari situ juga, barulah kami boleh kenal pasti arah dan hala tuju The Carpedia.

Terlalu banyak latar belakang pelanggan yang kami jumpa. Sampaikan ada sesetengahnya kami sendiri tidak sangka turut mempunyai tujuan tertentu yang memerlukan orang menyewa kereta.

Di sini kami kongsikan 9 jenis pelanggan yang telah kami jumpa sejak menceburi industri kereta sewa ini.

1) Pelanggan daripada kalangan pelajar universiti.
2) Pelanggan yang keretanya rosak atau sedang diservis di bengkel.
3) Ada percutian keluarga yang memerlukan kereta yang besar.
4) Malas atau letih untuk meredah kesesakan lalu lintas.
5) Tidak mahu pakai kereta sendiri untuk travel kerana takut kereta sendiri rosak.
6) Menyewa untuk wedding car.
7) Menyewa kereta MPV atau 4×4 untuk mengangkut barangan besar.
8) Pelanggan yang tidak ada kereta tetapi mempunyai lesen. (Macam ni pun ada? Ha ha)
9) Menyewa untuk majlis dan urusan bisnes.

Anda pula tergolong dalam kategori mana? 🙂

Mohd Rasyid Tajul Urus
Co-founder, The Carpedia