“Encik, compressor air-cond kereta encik sudah rosak. Kena tukar ni, harga lebih kurang RM2000…”Wow!!!..Mesti terbeliak biji mata anda kan. Mana tidaknya, sekarang ni dah hujung bulan. Poket dah makin kering, ada habuk je. Haha

Berpusing kepala fikir sebab nanti nak bawa anak-anak pergi sekolah, pergi mencari rezeki, pergi jalan-jalan dan macam-macam lagi. Kadang-kadang terlintas juga, kalau aku seorang je aku tangguh dulu baiki. Naik kereta pakai fresh air, hirup udara segar. Huhu. Tapi dah ada family tak boleh la macam ni, nak tak nak kena baiki juga.

Yang ada kad kredit terus swipe kad, yang tiada kad kredit berhutang dengan kawanla nampaknya. Namun jika financial planning anda bagus, perkara ini tidak begitu menjejaskan ada. Baik, ini cerita lain la kalau nak sembang pasal financial planning. Nanti entri seterusnya pula kita cerita. Hehe.

Ini cerita kenapa air-cond compressor rosak dan bagaimana anda boleh elakkan daripada duit anda melayang. Mungkin anda tidak dapatkan elak 100%, akan tetapi sekurang-kurangnya anda mengurangkan risiko berlakunya kerosakan. Jom kita lihat perkara-perkara utama yang kita perlu berjaga-jaga.

Kandungan Refrigerant (Gas) yang Rendah
Apabila ada kebocoran dalam paip saluran refrigerant, kandungan gas akan berkurang. Menyebabkan compressor anda terpaksa bekerja keras untuk mencapai suhu yang sejuk. Lama-kelamaan compressor akan rosak.

refrigerant

Kandungan Refrigerant (Gas) yang Terlampau Tinggi
Jika sekiranya anda tidak bernasib baik terjumpa dengan mekanik yang kurang mahir. Di bubuhnya gas terlampau banyak mahupun tertukar jenis gas yang digunakan, maka terimalah duit anda melayang. Pastikan anda rujuk kepada manual air-cond kereta @ rujuk kepada yang pakar.

Coil Kotor
Pernah tengok coil? kalau anda pernah tengok kat air-cond kat rumah @ belakang peti ais, anda nampak besi warna gangsa @ keemasan. Jika ianya sangat kotor, ianya tidak dapat berfungsi dan seperti biasa menyebabkan compressor anda juga terpaksa bekerja lebih kuat untuk menyejukkan sistem. Lama-kelamaan compressor anda terlebih panas dan akhirnya rosak.

my-cooling-coil-before-service

Masalah Litar @ Komponen Elektrik
Yang ini seolah-olah silent killer. Huhu. Kenapa ye? Yelah, bunyi macam kecil je masalahnya kadang-kadang contohnya wiring putus, fuse terbakar dan lain-lain kerosakan lektrik tetapi impaknya anda kena tukar compressor. Fuhh melayang duit. Seeloknya carilah mechanic/technician yang berpengalaman dan lakukan inspection @ servis secara berkala supaya kita dapat mengesan komponen-komponen yang mungkin rosak ataupun sudah rosak.

Kekurangan Lubricant
Jangan ingat enjin kereta je ada lubricant. Compressor pun ada!! Yang ini saya sendiri pun ambil ringan, maklumlah jarang dengar pula orang tukar lubricant compressor. Yang pasti selepas beberapa tahun anda pakai kereta anda, anda mesti check kandungan lubricant compressor anda. Jika berkurang maka silalah top up @ tukar sahaja lubricant baru. Jika tanya kekerapan, saya pun susah nak cakap tapi boleh la rujuk mana-mana technician yang jujur dan amanah tentang kekerapan menukar lubricant.

Kesimpulannya, bagi mengelakkan duit anda melayang lagi banyak maka lakukanlah servis secara berkala air-cond kereta anda. Ianya memerlukan sedikit usaha dan labur sedikit wang demi menjaga air-cond compressor kereta anda daripada rosak. Yang pastinya harga tukar compressor memang mahal.Huhu. Akhirnya rujuk kepada mechanic/technician yang amanah dan jujur berdasarkan pengalaman kawan-kawan ataupun review masyarakat awam.

Sekian dan semoga bermanfaat.

Sumber: 5 Sebab Air Cond Compressor Kereta Anda Rosak